Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

3rd SECURITY AWARENESS ROADSHOW
PENANJONG GARRISON, Tuesday 10 May 2016 – Defence Security Branch, Defence Minister Office and Directorate of Strategic Planning continue its effort to increase knowledge and awareness in terms of security by  initiating 3rd Security Awareness roadshow for all military and civilian personnel of Penanjong Garrison, Tutong camp and Lumut camp.

The roadshow was held in the Dining Hall of Support Battalion, Penanjong Garrison and commenced from 10 May 2016 until 12 May 2016. The purpose of this roadshow is to provide exposure and understanding the importance of security in the Ministry of Defence and RBAF.

This road show was officiated by the Guest of Honour Colonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Chief of Staff of the Royal Brunei Land Forces. Also present were senior officers and officers from all three camps.

The ceremony continued with visits to exhibitions (Violation and Security Awareness). The involvement of Jamaat and Department of Syariah Affairs also enliven the roadshow to increase faith and avoid vulnerable personnel from falling to negative elements.





-----------------------------------------------------------------------------------

JERAYAWARA KESEDARAN SEKURITI KALI KE-3

PENANJONG GARISON, Selasa 10 Mei 2016 – Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan & Jabatanarah Perancangan Strategik meneruskan lagi usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta kesedaran dalam aspek sekuriti dengan mengadakan Jerayawara Kesedaran Sekuriti kali ke-3 bagi semua warga tentera dan awam Penanjong Garison, Perkhemahan Tutong dan Perkhemahan Lumut.

Jerayawara telah sempurna diadakan di Dewan Makan Batalion Bantu, Penanjong Garison bermula pada 10 Mei 2016 sehingga 12 Mei 2016. Jerayawara ini dikendalikan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai dengan kepentingan sekuriti di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Jerayawara ini telah dirasmikan oleh Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-pegawai daripada ketiga-tiga perkhemahan.

Majlis diteruskan dengan lawatan-lawatan ke pameran-pameran (Pelanggaran serta Kesedaran Sekuriti). Turut memeriahkan Jerayawara kali ini ialah dengan pembabitan JAMAAT dan Jabatan Hal Ehwal Syariah bagi meningkatkan aqidah dan terhindar dari terjerumus kepada anasir-anasir negatif.